KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan wad jangka pendek atau 'short stay ward' bagi hospital yang mempunyai ruang sebagai inisiatif mengatasi masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif tersebut telah pun dilaksanakan di beberapa hospital dan mencadangkan supaya kriteria wad berkenaan ditambah baik bagi mengelakkan pesakit menunggu lama khususnya di zon kuning.
Katanya sistem pengurusan katil pesakit di hospital juga akan diperkemas agar penggunaannya dapat dikawal selia dan diurus dengan baik.
"Peningkatan jumlah pesakit dan kekurangan yang dihadapi KKM termasuk tenaga kerja serta fasiliti menyumbang kepada isu kesesakan di Jabatan Kecemasan, justeru perkara ini perlu ditangani dengan menyeluruh.
"Penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang harus dirangka segera dengan semua pihak berkepentingan demi kebaikan rakyat dan sektor kesihatan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, menurutnya KKM akan terus meneliti model kerjasama dengan agensi kerajaan, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan dan sektor swasta supaya isu kesesakan di Jabatan Kecemasan dapat ditangani dengan menyeluruh dan berkesan.
Memberikan contoh penyumberluaran dan kerjasama dengan sektor swasta yang banyak membantu semasa pandemik COVID-19, Dr Zaliha berkata model-model seperti itu akan dilihat secara lebih khusus termasuk kerjasama dengan pengamal perubatan swasta.
"Digitalisasi sistem perkhidmatan kesihatan juga perlu dititikberatkan. KKM akan terus komited menaik taraf sistem teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sedia ada kepada sistem digital yang berpotensi membantu mengatasi masalah yang wujud," katanya.
Menurut Dr Zaliha usaha mendapatkan lebih ramai tenaga kerja termasuk doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan, pegawai farmasi, profesional sains kesihatan bersekutu dan kakitangan sokongan akan terus dilakukan.
Selain itu, KKM akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan bagi mencari titik temu terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan dalam jangka masa sederhana dan panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2023

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif tersebut telah pun dilaksanakan di beberapa hospital dan mencadangkan supaya kriteria wad berkenaan ditambah baik bagi mengelakkan pesakit menunggu lama khususnya di zon kuning. - BERNAMA

Rangka manusia tapak arkeologi Guar Kepah akan dibawa pulang dari Belanda
Rangka-rangka ini dijangka dibawa pulang tahun depan untuk disimpan dan dipamerkan di Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah yang sedang dibangunkan.

Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan
Hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan.

Guna hasil samun beli aksesori motosikal
Siasatan mendapati suspek telah menjual barang emas di kedai pajak sebelum membeli aksesori untuk dipasang pada motosikalnya.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

23 kementerian selesai gulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Sebanyak 23 kementerian selesai menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang berlangsung dua hari bermula semalam di Dewan Negara.

6 fasiliti terjejas teruk banjir akan dibaik pulih dalam tempoh 6 bulan - Dr Zaliha
Enam fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Johor yang terjejas teruk akibat banjir, akan dibaik pulih dalam tempoh enam bulan.

Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha
Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Remaja lemas terjatuh dalam longkang di Skudai
Seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berkedalaman dua meter di Jalan Mahkota 7, Taman Ungku Aminah, Skudai, di sini, hari ini.

Imbas kod QR bagi aduan kebersihan di bazar Ramadan
KKM menggalakkan pengunjung bazar Ramadan di setiap negeri untuk mengimbas kod QR bagi mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan di lokasi berkenaan.

Hampir 7,000 pegawai, pakar perubatan KKM letak jawatan sejak 2018
Antara alasan peletakan jawatan itu ialah untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun, atas sebab peribadi, dan menerima tawaran menjadi pensyarah.

KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

KKM kemuka senarai fasiliti kesihatan daif kepada MOF dalam masa terdekat
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau menyedari keperluan menaik taraf 400 fasiliti kesihatan sedia ada yang nazak di seluruh negara.

KKM dan Lembaga Tabung Haji(TH) kekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan jemaah haji
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim ini seperti tahun sebelumnya.

51 kes cubaan bunuh diri berjaya diselamatkan sejak Okt 2022 - Lukanisman
Lukanisman berharap semua pihak terutama pempengaruh media sosial membantu mempromosikan Talian Bantuan Sokongan Psikososial ini.