Personaliti popular Wak Doyok dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan tanpa kebenaran bertulis lambang Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bagi tujuan persendirian, akhir bulan lepas.
Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Wan Mohd Norhisham Wan Yaakob.
Tertuduh didakwa membuat kesalahan berkenaan di pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri pada 30 April kira-kira 2.15 petang.
Wak Doyok yang juga ahli perniagaan itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3 (1) (a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3 (3) enakmen yang sama.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara minimum setahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
BACA: Isu cincin berukir lambang Sultan Johor, Wak Doyok dipanggil beri keterangan
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memohon mahkamah untuk menetapkan wang jaminan sebanyak RM50,000 dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Syaffie Naim dan MN Halim Md Amin, memohon agar wang jaminan dikurangkan memandangkan pendapatan tertuduh telah terjejas berikutan wabak COVID-19 dan masih menjaga ibunya yang berusia 78 tahun.
Wan Mohd Norhisham kemudiannya memerintahkan Wak Doyok membayar jaminan RM35,000 dengan seorang penjamin.
Hakim kemudian menetapkan sebutan semula pada 15 Jun depan bagi penyerahan dokumen.
Terdahulu, Wak Doyok yang berkemeja batik coklat tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira pukul 9 pagi.
Personaliti itu baru-baru ini mengundang kontroversi susulan tindakannya menempah dan membeli cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Ibrahim pada 2018 melalui dalam talian daripada sebuah syarikat di Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 06 2020

Wak Doyok (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menggunakan tanpa kebenaran bertulis lambang Kemahkotaan Sultan Johor bagi tujuan persendirian, akhir bulan lepas. --fotoBERNAMA

SC kenakan celaan terhadap Remitano, masukkan dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan celaan ke atas Remitano kerana mengendalikan bursa aset digital (DAX) di Malaysia tanpa kebenaran.

Cerita Sebalik Berita: Kemeriahan bazar Ramadan di Alor Setar
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Kuota minyak masak bersubsidi kekal 60,000 tan sebulan - Menteri
Kerajaan masih mengekalkan kuota minyak masak bersubsidi sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan termasuk pada 2020 dan 2021.

COVID-19: Paula Abdul kembali ke kerusi juri 'American Idol', kerana ...
Juri American Idol Luke Bryan dilaporkan positif COVID-19, menyebabkannya dia terpaksa digugurkan dari episod pertama program nyanyian realiti terbitan rangkaian televisyen ABC itu.

10 sekolah terjejas akibat ribut akan segera diselenggara
Penyelenggaraan tersebut perlu disegerakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung tidak terjejas.

Ramadan 2021: Negara mana yang berpuasa paling lama dan singkat tahun ini?
Bagi umat Islam di Malaysia, jangkaan puasa selama 13 jam akan disambut dengan kebanyakan kawasan dijangka menerima hujan.

Bank Negara tambah 2 syarikat baharu dalam senarai amaran perniagaan perkhidmatan wang
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemaskinikan dan menambah dua syarikat baharu dalam Senarai Amaran Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB).

Politik identiti asas teras atau halangan kepada perpaduan nasional?
Politik identiti perlu menghormati dan mematuhi batasan yang sedia ada dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan ideologi nasional.

COVID-19 | Sarawak catat jangkitan COVID-19 tertinggi
Kita bersama Dr Helmy Hazmi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam UNIMAS bagi perinciannya.

2,500 peniaga bazar Ramadan di Kelantan bakal terima sagu hati
Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan oleh kerajaan negeri untuk diagihkan kepada 2,500 peniaga yang terjejas akibat pembatalan operasi bazar Ramadan.

Ahli peniagaan mengaku tidak bersalah tipu lebih RM16 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan memperdaya seorang pengarah syarikat rokok sehingga mengalami kerugian lebih RM16 juta pada 2019.

Ahli peniagaan mengaku tidak bersalah tipu lebih RM16 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan memperdaya seorang pengarah syarikat rokok sehingga mengalami kerugian lebih RM16 juta pada 2019.

'Datuk Seri' didakwa minta suapan RM300,000 lepaskan 22 warga China
Mohammed Al Faizal Mohammed, 45, didakwa secara rasuah meminta suapan berjumlah RM300,000 daripada seorang ahli perniagaan.

"Maafkan saya kerana merahsiakan perkahwinan" - Elizabeth Tan mengaku menikahi ahli perniagaan
Elizabeth Tan mengesahkan sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Siew Jim pada Sabtu.

Polis siasat dakwaan wanita dicabul ahli politik bergelar Datuk dari 'Pantai Timur'
Pada awal pagi kejadian ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat satu, mangsa mendakwa telah dicium selain payudaranya diramas oleh suspek.

KPN kesal gagal bawa pulang Jho Low
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakui kegagalan beliau untuk menepati janji untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah merupakan penyesalan terbesarnya.

Rasuah RM300,000: SPRM tahan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu.

Ahli perniagaan maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh kereta
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa Norain Jazman, 44 yang menunggang motosikal jenis BMW S1000RR disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tukar seksyen kes SPRM: Dua ahli perniagaan dipenjara, denda
Seorang ahli perniagaan, Mohd Hussein Mohd Nasir dipenjara seminggu dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menipu seorang pengarah syarikat.

Isteri ahli politik didakwa edar, tanam kanabis di rumah
Isteri seorang ahli politik hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, di sini, atas tiga pertuduhan mengedar dan menanam dadah jenis kanabis di rumahnya.