awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil mahasiswa cadang sekolah politik Puteri UMNO

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2013
12:10 MYT
Wakil mahasiswa cadang sekolah politik Puteri UMNO
Pergerakan Puteri UMNO disaran supaya menubuhkan sebuah sekolah politik bagi memberi latihan khusus kepada ahli-ahli sayap pergerakan itu tentang kerja politik, ekonomi dan kepimpinan.
Cadangan itu dikemukakan oleh wakil Mahasiswa Nasional, Sharifah Nurul Awwall Sayed Abd Rahman semasa membahaskan ucapan dasar Ketua Puteri UMNO pada perhimpunan sayap itu hari ini.
Beliau menamakan sekolah politik itu sebagai Sekolah Pendidikan Puteri UMNO.
Menurut Sharifah Nurul Awwall, sekolah politik itu diharap mampu membentuk ahli-ahli pergerakan itu mendukung ideologi serta wadah perjuangan UMNO serta seterusnya lahir jadi aktivis politik yang mahir melontarkan idea-idea bernas dan jadi contoh kepada golongan belia.
“Tanya kepada hati, apa sebab perjuangan. Tanya kepada diri, apa erti perjuangan?” katanya yang menjadi jurucakap kepada Persidangan Mahasiwa Nasional atau Pemanas.
Pemanas menggabungkan ahli UMNO di kalangan mahasiswa di institusi pengajian tempatan dan di luar negara yang bergabung dalam kelab-kelab UMNO yang ditubuhkan di serata dunia.
Diminta mengulas cadangannya itu, Sharifah Nurul Awwall berkata, cadangan sekolah politik itu adalah khusus untuk Puteri UMNO.
“Tetapi sekiranya Majlis Tertinggi UMNO merasakan cadangan itu ada kewajarannya, mungkin ia boleh dipertimbangkan untuk platform yang lebih luas,” katanya.
Pergerakan Pemuda UMNO tahun lalu mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti untuk menubuhkan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) bagi tujuan pengkaderan pemimpin masa depan parti.
Sharifah Nurul Awwall, mahasiswa jurusan ekonomi di Universiti Malaya, adalah antara mahasiswa universiti tempatan yang diberi peluang muncul sebagai pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO.
Kemunculan pertama wakil mahasiswa universiti tempatan itu menarik perhatian perwakilan dan pemerhati kerana selama ini hanya mahasiswa daripada kelab UMNO di luar negara sahaja yang ada peluang itu.
“Siapa yang berkata mahasiswa tidak bersama tampuk kepimpinan UMNO? Di sini telah dibuktikan bahawa mahasiswa bersama kepimpinan UMNO dan percaya terhadap perjuangan ini,” katanya.
Dalam ucapannya, Sharifah Nurul Awwall turut menggesa Puteri UMNO supaya memenangi hati rakyat dengan membantu golongan muda dalam bidang keusahawanan serta bantuan kemudahan kesihatan khususnya kesedaran mengenai barah di kalangan wanita.
Topic Berkaitan
#Puteri UMNO
#Sharifah Nurul Awwall Sayed Abd Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan