Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, persetujuan itu dicapai pada mesyuarat pertama MPN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
"Di samping itu, MPN juga bersetuju untuk menjemput wakil dari Kerajaan-Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk menganggotai Majlis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, majlis berkenaan turut mengalu-alukan kesediaan dan penglibatan pakar-pakar daripada pelbagai industri, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta pakar-pakar ekonomi, sosial dan kesihatan yang telah bersetuju untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing.
Berikut adalah pakar-pakar dari pelbagai industri;
- Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
- Tan Sri Datuk Azman Mokhtar
- Tan Sri Anthony Fernandes
- Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman
- Datuk Seri Wong Chun Wai
- Datuk Michael Kang
- Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim
- Datuk Dr. Hartini Zainuddin
- Dr. Sivakumar Thurairajasingam
"MPN berharap kepelbagaian pendapat dan kepakaran ini dapat menyumbang kepada antara lainnya, pemerkasaan sektor kesihatan; peningkatan usaha vaksinasi; penyelarasan, pelaksanaan dan keberkesanan SOP, serta sokongan dan bantuan Kerajaan dalam tempoh pemulihan," katanya.