Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengecam tindakan seorang wakil rakyat DAP yang mengeluarkan kata-kata kesat dalam kritikannya terhadap pemimpin UMNO dan menganggap perbuatan itu sebagai biadab.
"Kita dalam sistem demokrasi, kita boleh mempunyai pendirian yang berbeza, dan kita boleh mengeluarkan kritikan antara satu sama lain tetapi kata-kata kesat, kata-kata yang hina ini tidak boleh dan tidak patut dikeluarkan oleh mana-mana wakil rakyat ataupun pemimpin politik.
"Saya anggap ini sebagai suatu yang keterlaluan, sesuatu yang bersifat biadab dan tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang bersikap rasional dan waras," katanya kepada wartawan Malaysia ketika diminta mengulas kenyataan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer baru-baru ini.
Rayer mengeluarkan kata-kata kesat itu kepada pemimpin UMNO pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Selasa lepas sehingga menimbulkan kemarahan anggota UMNO.
Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia mesti menunjukkan bahawa mereka menghormati amalan demokrasi yang sihat dan matang.
Najib, yang juga Presiden UMNO bagaimanapun menasihatkan anggota Umno supaya tidak keterlaluan dalam tindakan balas mereka.
"Kita mesti menghormati undang-undang dan tata susila dalam negara kita, jadi saya harap semua pihak akan mengambil apa-apa respons yang sewajarnya dan tidaklah membuat sesuatu yang boleh menjejaskan imej parti kita," katanya.
Najib berada di sini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Kazakhstan.
Bernama
Sat May 24 2014
Kata-kata yang hina ini tidak boleh dan tidak patut dikeluarkan oleh mana-mana wakil rakyat ataupun pemimpin politik, kata Najib - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua
Pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.
Pelbagai etnik raikan Hari Sarawak 2018
Kepelbagaian kaum, kostum, agama dan warna-warni keharmonian bergabung di bawah satu program gilang-gemilang Sambutan Hari Sarawak 22 Julai yang berlangsung di Kuching hari ini.
Presiden Syria, Bashar Al Assad masih enggan berunding di Geneva
Kumpulan pembangkang Syria mendesak Rusia agar dapat meyakinkan Presiden Bashar Al Assad ke meja rundingan.
Andrea Guardini akui cabaran LTdL semakin sukar
Pelumba Astana itu melihat cabaran semakin sukar buat dirinya untuk menambah koleksi kemenangan peringkat perlumbaan pada saingan LTdL kali ini.
Wakil rakyat DAP biadap keluarkan kata-kata kesat - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengecam tindakan seorang wakil rakyat DAP yang mengeluarkan kata-kata kesat dalam kritikannya terhadap pemimpin UMNO.
Memperkukuh daya tahan negara penawar terbaik hadapi krisis masa depan - Najib
Ini bererti perlu ada penampan yang menambah pendapatan kerajaan dan meningkatkan penjimatan serta beransur-ansur mengurangkan defisit.