awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil rakyat DAP, Lim Hui Ying dan Chan Foong Hin bertukar ke portfolio baharu

Bernama
Bernama
12/12/2023
08:08 MYT
Wakil rakyat DAP, Lim Hui Ying dan Chan Foong Hin bertukar ke portfolio baharu
Lim (kiri) sebelum ini ialah timbalan menteri pendidikan, manakala Chan (kanan) adalah timbalan menteri pertanian dan keterjaminan makanan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan dua timbalan menteri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), iaitu Lim Hui Ying dan Datuk Chan Foong Hin, telah bertukar portfolio kepada timbalan menteri kewangan dan timbalan menteri perladangan dan komoditi.
Lim, Ahli Parlimen Tanjong, Pulau Pinang, sebelum ini ialah timbalan menteri pendidikan manakala Chan, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Sabah, adalah timbalan menteri pertanian dan keterjaminan makanan.
Sementara itu, Anwar turut mengumumkan timbalan menteri baharu iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, M Kulasegaran, Datuk Ramanan Ramakrishnan, Wong Kah Woh dan Dr Zulkifli Hasan.
Selain itu Perdana Menteri mengumumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching digugurkan.
Rombakan itu juga menyaksikan bilangan menteri dalam Kabinet meningkat kepada 31 orang daripada 28 orang manakala bilangan timbalan menteri meningkat kepada 29 orang daripada 27 orang, menjadikan jumlah anggota Kabinet kini kepada 60 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet
#Kabinet Kerajaan Perpaduan
#Lim Hui Ying
#chan foong hin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan