awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil rakyat menang PRN henti politik, jalankan kerja - Mufti Pulau Pinang

Bernama
Bernama
15/08/2023
09:40 MYT
Wakil rakyat menang PRN henti politik, jalankan kerja - Mufti Pulau Pinang
Wan Salim berkata setiap wakil rakyat mesti sedar bahawa matlamat sebenar yang dikehendaki di sebalik kemenangan di dalam pilihan raya tidak terhenti dengan kuasa pemerintahan yang berjaya direbut. - Gambar fail/Sinar Harian
GEORGE TOWN: Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat, di samping memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan untuk semua, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata setiap wakil rakyat mesti sedar bahawa matlamat sebenar yang dikehendaki di sebalik kemenangan di dalam pilihan raya tidak terhenti dengan kuasa pemerintahan yang berjaya direbut.
"Rakyat telah membuat pilihan, sama ada bersetuju atau tidak, semua pihak mesti akur dan menghormati keputusan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kini setiap wakil rakyat yang telah memenang pada PRN lalu perlu memikul amanah dan tanggungjawab yang berat di hadapan Allah dan seluruh rakyat.
Wan Salim berkata seluruh rakyat akan memerhati dan memantau sejauh manakah mereka yang telah dipilih menepati janji-janji yang ditabur melalui manifesto parti yang diwakili.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Pulau Pinang
#Mufti Pulau Pinang
#Wan Salim Wan Mohd Noor
#henti berpolitik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan