KOTA KINABALU:Premis perniagaan menjual makanan dan minuman seperti restoran di Sabah hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata premis perniagaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah boleh beroperasi sehingga 10 malam dan bukannya 12 tengah malam.
"Buat masa ini bagi negeri Sabah, premis perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam di kawasan PKPB.
"Kebenaran ini dibuat setelah mengambil kira tinjauan yang dilakukan dan mendapati kebanyakan premis ada yang menutup premis lebih awal kerana tiada pelanggan.
"Walau bagaimanapun pemilik-pemilik premis perniagaan boleh memohon kebenaran beroperasi sehingga jam 12 tengah malam dan kita akan nilai permohonan tersebut," katanya menerusi sidang media maya di Kota Kinabalu pada Isnin.
Tambahnya, kelulusan bagi permohonan akan dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah.
Terdahulu dalam sidang media harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan waktu operasi premis perniagaan di kawasan PKPB dibenarkan sehingga pukul 12 tengah malam.
BACA: PKPB: Premis perniagaan dibenar beroperasi sehingga 12 malam
Sehingga Isnin, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 289 kes dan jumlah kumulatif ialah sebanyak 23,482 kes.
Dua kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu kes di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan dan Hospital Likas, Kota Kinabalu.
Daripada 289 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 135 kes adalah dari Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau yang berpunca dari saringan kontak rapat.
Manakala selebihnya iaitu 154 kes adalah dari lain-lain kategori.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Nov 23 2020

MASIDI: Buat masa ini bagi negeri Sabah, premis perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam di kawasan PKPB. - Gambar fail/BERNAMA

Murray kecewa tidak dapat sertai Terbuka Australia selepas positif COVID-19
Pemain yang kini berada di ranking ke-123 dunia itu berharap dapat bersaing dalam kejohanan grand slam pembuka musim berkenaan pada 8 Februari depan.

AWANI Ringkas: Ubah kurikulum, kaedah belajar semasa PdPR | PKP: Polis boleh masuk Sabah bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Messi digantung dua perlawanan, terlepas aksi lawan Elche
Barca mengemukakan rayuan berkenaan penggantugan itu tetapi mengesahkan semalam bahawa usaha mereka tidak berhasil.

COVID-19: CAC cadangan yang baik namun menguruskannya lebih penting- Pakar
KKM perlu menambah kakitangan dalam kadar segera terutamanya selepas lebih banyak Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bakal dibuka selepas ini.

COVID-19: Satu kes dalam komuniti babitkan wanita Msia di Singapura pada Jumaat
Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan seorang wanita Malaysia berusia 26 tahun adalah kes baharu tunggal jangkitan tempatan COVID-19. Kemente

Guru wanita rugi RM27,550 ditipu lelaki mengaku polis
Seorang guru wanita membuat laporan polis kerana mengalami kerugian RM27,550 akibat diperdayakan lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.

PdPR: Calon SPM masih belum bersedia, berdepan kesukaran
Rata-rata pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama tahun ini masih belum bersedia, itu yang disuarakan aktivis pelajar, Nurul Rifayah Muhammad Iqbal. Ini kerana jelasnya, masih ramai yang keliru sejak proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang bermula tahun lepas. Malah ada juga yang berdepan kondisi berbeza sepanjang proses PdPR berlangsung.

Bumi berputar lebih pantas, tahun 2021 jadi lebih singkat - Saintis
Bumi berputar di atas paksinya beberapa milisaat lebih pantas berbanding purata tempoh yang biasa.

Isu Air Sabah | Ke arah menyelesaikan masalah air di Sabah
Kerajaan Sabah akan mengambil beberapa langkah awal untuk menyelesaikan masalah di 22 Loji Rawatan Air di negeri itu. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ianya bagi memastikan penduduk sentiasa mendapat air bersih. Untuk laporan lanjut kita terus bersama wakil Astro AWANI di Sabah Ruzaini Zulkepli.

PdPR: Pedagogi dan kurikulum perlu diubah
Proses PdPR yang diperluas pelaksanaannya tahun ini, menimbulkan reaksi pelbagai. Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berpendapat kurikulum dan pedagogi PdPR perlu berubah mengikut kesesuaian semasa antara murid dan guru.

PKP: Anggota polis diberi kelonggaran masuk ke Sabah
Antara syarat perlu dipatuhi ialah pegawai dan anggota yang bertugas di Sabah hendaklah mendapatkan cap Seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 semasa ketibaan.

Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi
Hanya dua pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.

22 loji rawatan air di Sabah bermasalah, perlu ditangani segera - Bung Moktar
Sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk negeri itu menerima bekalan air bersih.

Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat sediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan
Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan jika pelan pelaburan yang telah dirangka dapat dijayakan.

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri positif COVID-19 direman
Kesemua suspek berusia 26 hingga 31 tahun terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Banjir Sabah: Bilangan mangsa di PPS semakin menurun
Jumlah PPS yang beroperasi setakat malam tadi kekal enam, membabitkan empat daerah.

PKP di tujuh negeri dilanjut hingga 4 Februari - Ismail Sabri
Negeri-negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banjir di Sabah semakin pulih
Hanya empat daerah masih terkesan dengan banjir dan jumlah mangsa direkodkan seramai 413 orang setakat 8 malam tadi.

Jalan Paitan-Kanibongan mendap, rosak teruk akibat tanah runtuh
Jalan raya Paitan ke Kanibongan terputus hubungan akibat tanah runtuh di Kilometer 127.5, berdekatan Kampung Kubambangan, pada Selasa malam.