KUALA LUMPUR:Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan waktu operasi premis perniagaan sehingga jam 12 tengah malam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas menilai keperluan dan kerugian ekonomi yang ditanggung oleh pemilik premis perniagaan.
Pelaksanaan waktu operasi baharu itu akan bermula esok (24 November 2020) dan keputusan kerajaan itu juga meliputi premis perniagaan bagi restoran, kedai runcit dan serbaneka, stesen minyak.
"Saya mendapat banyak aduan dari netizen, persatuan, terutama masyarakat Islam. Misalnya mereka keluar selepas Isyak, maknanya selepas jam 9 malam mereka baru ke restoran tetapi jam 10 malam kedai tutup.
"Maka, kesannya sangat tinggi kepada peniaga. Maka Sidang Khas bermesyuarat, berbincang dan setuju untuk membenarkan pembukaan restoran dan perniagaan lain sehingga pukul 12 malam seperti kedai serbaneka, stesen minyak, kedai runcit, boleh dibuka sampai jam 12 malam bermula esok.
Selain aduan netizen, Ismail Sabri turut mengambil maklum pandangan yang dibuat oleh pihak persatuan mengenai perkara berkenaan.
Sebelum ini, kerajaan hanya membenarkan operasi premis perniagaan sehingga jam 10 malam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di negeri-negeri terlibat.
Rahimah Abdullah
Mon Nov 23 2020

Kerajaan memutuskan premis perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 malam. - Gambar fail

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Thaipusam di Perlis, paal koodam dibenarkan, tetapi perarakan kavadi tidak
Kementerian Perpaduan Negara mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk perayaan Thaipusam yang akan disambut pada 28 Januari ini.

Peniaga ubah strategi promosi jualan makanan pastikan perniagaan bertahan
Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka kini lengang dan hanya dipenuhi motosikal penghantar makanan.

Henti tohmahan guru makan gaji buta - NUTP
Masyarakat diminta menghentikan tohmahan kononnya guru kurang bekerja apabila melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sarawak laksanakan PKPB selama 14 hari bermula Isnin depan
Sarawak hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari di seluruh bahagian di negeri itu kecuali bahagian Sibu.

PKP: 1,200 anggota JPJ digerakkan bantu polis mulai hari ini
Kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa ini penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan SOP dengan lebih serius.

Enam pasukan peroleh lesen penuh kelab kebangsaan
Enam pasukan Liga Malaysia yang diberi lesen kelab kebangsaan secara bersyarat berjaya memenuhi syarat memperoleh lesen kelab kebangsaan.

Institusi pendidikan di Kelantan, Sibu perlu ikut ketetapan operasi kawasan PKP - KPM
Semua institusi pendidikan di bawah KPM di Kelantan dan Sibu di Sarawak perlu mengikut ketetapan pengoperasian di kawasan PKP.

PKP di Kelantan, Sibu: Ini perkara penting Mesyuarat Khas MKN hari ini
Ini perkara penting yang dinyatakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media beliau sebentar tadi.

Dr Mahathir dakwa Muhyiddin Yassin diktator
Beliau membuat kenyataan sebegitu susulan tindakan Muhyiddin yang menguatkuasakan darurat supaya beliau boleh terus berkuasa.

PKP 2.0: Laluan pergi dan balik feri Langkawi-Kuala Perlis dihentikan
Laluan Feri Langkawi ke Kuala Kedah pula dikurangkan kepada satu perjalanan, berbanding enam perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.