awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waktu perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel esok dilanjutkan sehingga 1 pagi - RapidKL

Bernama
Bernama
30/12/2022
09:20 MYT
Waktu perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel esok dilanjutkan sehingga 1 pagi - RapidKL
Rapid KL menerusi hantaran di laman media sosial mereka memaklumkan stesen-stesen yang terlibat bagi laluan LRT Ampang atau Sri Petaling ialah stesen Masjid Jamek, Maluri, IOI Puchong dan PWTC.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bagi memenuhi keperluan operasi sempena malam Tahun Baru 2023 beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan dilanjutkan operasinya esok sehingga pukul 1 pagi.
Rapid KL menerusi hantaran di laman media sosial mereka memaklumkan stesen-stesen yang terlibat bagi laluan LRT Ampang atau Sri Petaling ialah stesen Masjid Jamek, Maluri, IOI Puchong dan PWTC.
Bagi laluan LRT Kelana Jaya pula, stesen KLCC dan Masjid Jamek, sementara laluan MRT Kajang di stesen Bukit Bintang dan Maluri, manakala laluan KL Monorel, hanya di stesen Bukit Bintang.
Menurut RapidKL, stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di stesen tersebut.
"Pengguna juga disaran menggunakan kad Touch N Go dan pastikan baki mencukupi untuk kelancaran perjalanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rapid KL
#Tahun Baru 2023
#dilanjutkan operasi
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan