Waktu bermula solat subuh di negeri Perak perlu ditambah lapan minit daripada waktu solat sedia ada berkuat kuasa Sabtu, 22 Jamadilawal 1441H bersamaan 18 Januari 2020.
Timbalan Mufti Negeri Perak, Datuk Zamri Hashim berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah membuat keputusan bahawa hukum solat subuh yang dilaksanakan sebelum ini adalah sah dan tidak perlu diqada.
"Bagi menjunjung titah perintah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan agar waktu subuh bagi seluruh negeri Perak menggunakan parameter 18 darjah di bawah ufuk berbanding 20 darjah di bawah ufuk sebelum ini.
"Maka berkuat kuasa Sabtu, 22 Jamadilawal 1441H bersamaan 18 Januari 2020, waktu bermula solat subuh perlu ditambah lapan minit daripada waktu solat subuh sedia ada," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Katanya lagi, perubahan ini hanya melibatkan waktu subuh tanpa melibatkan waktu solat yang lain.
Rakyat negeri Perak boleh merujuk kepada laman web atau laman Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak bagi mendapatkan waktu solat subuh terkini dan maklumat lanjut mengenai perubahan tersebut.
BACA: Waktu solat subuh Negeri Sembilan ditambah lapan minit
BACA: Waktu solat Subuh di Melaka dilewatkan lapan minit - Mufti
BACA: Waktu subuh di Wilayah Persekutuan dilewatkan lapan minit - Mufti Wilayah
BACA: Tambahan 8 minit waktu Subuh di seluruh Selangor mulai esok
Aida Aziz
Fri Jan 17 2020

Waktu bermula solat subuh di negeri Perak perlu ditambah lapan minit daripada waktu solat sedia ada berkuat kuasa Sabtu, 22 Jamadilawal 1441H bersamaan 18 Januari 2020. -Gambar hiasan

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Rafiq Hidayat Mohd Ramli, Perancang Kewangan Berlesen

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dengan dolar AS memandangkan dolar terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat.

Niaga AWANI: Segera batalkan pengharaman eksport ayam
Sekatan eksport ayam ke Singapura hanya akan menyebabkan kehilangan pasaran sedia ada sekiranya ia berlanjutan, seterusnya merugikan negara ini, kata Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng.

Niaga AWANI: Korporat | DNeX sumbang kepakaran pembangunan teknologi ke Turkiye
Dagang NeXchange Berhad (DNeX) melalui anak syarikatnya, SilTerra Malaysia Sdn Bhd memeterai perjanjian persefahaman bersama Tuyar, sebuah syarikat teknologi di Turkiye dalam usaha membangunkan ekosistem semikonduktor di negara itu. Pengarah Urusan Kumpulan DNeX, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pihaknya akan membantu dari segi pembangunan teknologi selain berkongsi kepakaran pembangunan semikonduktor.

Jiwa SME | Juadah tradisional Burasak tembusi pasaran serantau
Memasarkan perniagaan dalam platform digital merupakan langkah terbaik buat usahawan makanan tradisional Burasak di Johor bagi meraih perhatian pelanggan. Biarpun negara dibelenggu COVID-19 selama dua tahun, namun perniagaan Mohammad Khazin Ahmad masih dapat bertahan apabila dia banyak menerima tempahan menerusi Facebook dan WhatsApp.

Perlu ada solusi jangka panjang tangani kos sara hidup rakyat - Young Syefura
Beliau berkata, ia bukan sahaja memberi kesan kepada golongan B40, sebaliknya turut memberi kesan sama kepada M40 dan juga T20.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas T

COVID-19: Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Kesemua penduduk di sembilan daripada 16 daerah di bandar itu perlu melakukan ujian saringan dua kali iaitu pada Selasa dan Khamis.

Waktu solat subuh di Perak ditambah lapan minit
Jawatankuasa Fatwa negeri telah membuat keputusan bahawa hukum solat subuh yang dilaksanakan sebelum ini adalah sah dan tidak perlu diqada.