awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Walk-in' vaksin di Selangor, KL untuk yang belum terima janji temu dan golongan tercicir - CITF

Fareez Azman
Fareez Azman
19/07/2021
07:41 MYT
'Walk-in' vaksin di Selangor, KL untuk yang belum terima janji temu dan golongan tercicir - CITF
Mana-mana warga Selangor dan Kuala Lumpur yang belum mendapat janji temu vaksinasi serta golongan tercicir boleh mendapatkannya secara terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 1 Ogos ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mana-mana warga Selangor dan Kuala Lumpur yang belum mendapat janji temu vaksinasi serta golongan tercicir boleh mendapatkannya secara terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 1 Ogos ini.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), inisiatif itu diibuka kepada rakyat tempatan dan asing serta golongan tercicir yang yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan seperti yang dijelaskan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sebelum ini.
"Merujuk kepada mesej tular mengenai walk-in di Selangor dan Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2021, CITF ingin memaklumkan bahawa inisiatif walk-in ini adalah untuk golongan yang tercicir dan belum mendapat janji temu selepas tarikh tersebut dan bukan untuk orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing,” kata CITF dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Sementara itu, CITF juga memaklumkan, kepada golongan yang telah mendaftar suntikan vaksinasi sebelum ini pula akan diberikan tarikh janji temu dalam masa terdekat manakala individu yang masih belum mendaftar, digalakkan untuk berbuat demikian secepat mungkin.
"CITF juga ingin memaklumkan bahawa PPV yang akan beroperasi untuk tujuan walk-in pada bulan Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak. PPV yang ada sekarang tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif walk-in ini.
"Dalam pada itu, CITF ingin menyeru agar mereka yang telah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan," jelas kenyataan itu lagi.
Inisiatif pemberian vaksin secara terus dilakukan oleh CITF selepas mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas menyebabkan kes harian yang tinggi.
Justeru, menjadi keperluan bagi warga Selangor dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan perlindungan melalui vaksin secepat mungkin.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Kuala Lumpur
#COVID-19
#vaksin
#varian baharu
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#walk in
#Selangor
#rakyat
#CTIF
#walk-in
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan