Skip to main content

Malaysia

Wan Azizah dirawat di PPUM

71602063354_anwaribrahim.jpg
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Selasa.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menerusi media sosial.

Namun tidak dinyatakan sebab Wan Azizah menerima rawatan di PPUM.

"Azizah dirawat di PPUM sejak semalam. COVID-19 negatif. Pemeriksaan umum diteruskan. Doakan, Insya-Allah," katanya.

 
Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh PKR atau pun Pejabat Ahli Parlimen Pandan berhubung perkara tersebut.

Wan Azizah merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran PH sebelum ini.

Advertisement

Must Watch Video