KUALA LUMPUR: Prof Datuk Wan Kamal Mujani dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu berkuat kuasa Jumaat.
UKM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Wan Kamal, 54, itu bagi mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini disandang oleh Prof Datuk Ir Abdul Wahab Mohammad, yang telah tamat tempoh lantikannya pada 26 Mei lepas.
"Sebelum ini, beliau (Wan Kamal) telah menjalankan tugas sebagai Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat pada tahun 2021 sebelum dilantik ke jawatan sekarang," menurut kenyataan tersebut.
Anak kelahiran Sungai Besi, Kuala Lumpur itu pernah memegang beberapa jawatan penting di UKM antaranya sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Strategi, Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Pengarah Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB).
Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) dan Felo Bersekutu IKRAB serta beberapa jawatan lain.
Wan Kamal telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Mesir pada 1992, Ijazah Sarjana dalam bidang Sejarah dan Bahasa Arab dari UKM pada 1997 selain memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah dan Tamadun Islam dari University of Manchester, United Kingdom pada 2005.
"Pada masa ini, beliau sedang giat menjalankan penyelidikan tentang Muslim Kontemporari seperti Kelas Menengah Muslim, Syiling Dinar dan Mata Wang, Ekstremisme dan Keganasan, Kesederhanaan/Wasatiyyah, The Bottom 40, Arab Spring, Wakaf Pendidikan Tinggi, Federalisme di Malaysia, Indeks Syariah, Telaga Mampan dan banyak lagi," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Naib Canselor UKM Prof Datuk Ts Mohd Ekhwan Toriman mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas pelantikan tersebut selain berharap Wan Kamal dapat meneruskan kecemerlangan kepimpinan dalam menyerlahkan lagi penyelidikan dan inovasi universiti watan itu.
"UKM turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Wahab atas sumbangan dan kepimpinan beliau dalam menerajui penyelidikan dan inovsi UKM sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 07 2022

Wan Kamal pernah memegang beberapa jawatan penting di UKM antaranya sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Strategi, Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Pengarah Institut Kajian Rantau Asia Barat. - Foto uKM
AWANI Ringkas: Kebakaran stesen janakuasa di Port Dickson
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zoo Jepun larang lelaki bujang masuk taman haiwan
Sebuah zoo di Jepun melarang lelaki bujang memasuki kemudahannya kerana dibimbangi akan menganggu pengunjung wanita.
TikTok kembali ke App Store Apple AS
TikTok kembali ke App Store Apple Di Amerika Syarikat pada Khamis selepas Presiden Donald Trump menangguhkan pengharaman-nya sehingga 5 April.
Jelajah Assalamualaikum Rara 2025 Kelantan
Menyahut semangat kepelbagaian ini, Astro meneruskan siri jelajah Assalamualaikum Rara 2025 dengan tema 'Meriah Lain Macam'. Saksikan perkongsian lanjut bersama wartawan Astro AWANI, Amirul Aiman dan Duta Ramadan Raya Astro, Zizan Razak.
Gencatan senjata: Hamas akan bebaskan tawanan jika Israel patuhi perjanjian
Kumpulan Pejuang Palestin Hamas bahawa ia sedia untuk menyambung semula pembebasan tawanan seterusnya pada Sabtu jika Israel mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata Gaza.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.
Kebakaran Stesen Janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan serta pemulihan yang diperlukan berhubung insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
[TERKINI] KDNK: Memacu pertumbuhan, menerap kemampanan
Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business SchoolProf Madya Dr aimi Zulhazmi Abdul Rashid mengulas lanjut berkenaan pertumbuhan ekonomi 2024 serta unjuran bagi 2025.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024 - MTI
Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024, meningkat daripada anggaran awal 4.0 peratus.

Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Jawatankuasa ditubuhkan kaji Pindaan Akta Kontrak 1950
Satu Jawatankuasa Kajian Pindaan Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ditubuhkan bagi melaksanakan kajian komprehensif terhadap akta berkenaan yang kali terakhir dipinda pada 1976.

Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

UKM terima 6,718 pelajar baharu sesi akademik 2024/2025
Daripada 6,718 pelajar baharu yang mendaftar, 1,803 adalah daripada keluarga B40, iaitu lebih 40 peratus daripada jumlah ambilan keseluruhan.

Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.

Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.

KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu USM, UKM dan UTM.

Kementerian Koperasi dan UKM Indonesia sambut baik usaha USANITA
Pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk kolobrasi bersama dalam bidang keusahawanan termasuklah program 'Bridge to Brilliance' yang dianjurkan oleh pihaknya.

UKM meterai MoU dengan tiga universiti Iran
Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) itu bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.

UKM melonjak naik dalam ranking universiti dunia melalui inisiatif antarabangsa
Mohd Ekhwan berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi UKM dalam memupuk perspektif global.