awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Suraya dilantik Ketua Pegawai Eksekutif IIM yang baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2022
00:30 MYT
Wan Suraya dilantik Ketua Pegawai Eksekutif IIM yang baharu
Sebelum ini, Wan Suraya pernah memegang jawatan Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha di pelbagai kementerian. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baharu, berkuat kuasa semalam (7 Mac).
Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan Wan Suraya itu adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang selama 27 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
“Berdasarkan pengalaman beliau, saya percaya dengan pelantikan ini, peranan dan fungsi IIM dalam menggalakkan serta membudayakan amalan integriti serta tadbir urus terbaik dapat lebih diperkasakan ke arah menyokong agenda integriti nasional,” katanya dalam satu kenyataan IIM pada Isnin.
Sebelum ini, Wan Suraya pernah memegang jawatan Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha di pelbagai kementerian selain berpengalaman luas dalam bidang perdagangan antarabangsa dan industri, pengurusan sumber manusia, pelaburan serta keusahawanan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#integriti
#Wan Suraya Wan Mohd Radzi
#Ketua Pegawai Eksekutif
#IIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan