Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek solar hibrid di Sarawak pada Khamis diberitahu bahawa wang tunai RM5 juta dalam dua bagasi yang dimasukkan ke dalam sebuah kereta mewah adalah untuk ‘RM.’
Seorang ahli perniagaan Razak Othman, 52, berkata rakannya Saidi Abang Samsudin iaitu Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd memaklumkan perkara itu kepadanya beberapa bulan selepas penyerahan wang berkenaan di bangunan bersebelahan Pavilion.
“Saya tidak tahu wang yang diletakkan di dalam kedua-dua bagasi itu untuk siapa dan apakah tujuan wang berkenaan diberikan. Namun sebulan atau dua bulan selepas kejadian tersebut, Saidi telah memberitahu saya wang itu adalah untuk 'RM.’
“Pada masa itu, saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Saidi dan pada masa sama, saya tidak bertanya kepada beliau kerana saya mengagak bahawa Saidi seperti sengaja merahsiakan perkara itu daripada saya,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Mohd Izhar.
Membacakan penyataan saksinya, Razak berkata pada bulan Disember 2016, Saidi meminta beliau menemaninya ke Maybank Jalan Tuanku dan mereka pergi ke bilik tunai yang terletak di tingkat satu bank berkenaan.
“Di dalam bilik itu, Saidi telah mengambil wang dari kaunter dan menyerahkannya kepada saya serta meminta saya mengira wang tersebut. Pegawai bank dan Saidi memberitahu saya bahawa setiap bungkusan wang bernilai RM100,000.
“Wang berkenaan dibalut dengan satu plastik lut sinar dan dalam bungkusan itu, saya dapat lihat dengan jelas ia adalah wang kertas RM100. Kemudian saya masukkan wang sebanyak RM2,500,000.00 ke dalam setiap beg dan pada ketika itu, saya tahu jumlah kesemua wang adalah RM5 juta,” katanya.
Menceritakan penghantaran wang tersebut, saksi pendakwaan kelapan itu berkata Saidi kemudian meminta beliau menemaninya menghantar bagasi berkenaan namun tidak memberitahu untuk siapa dan tujuan penghantaran bagasi tersebut.
“Saya bersetuju untuk mengikut Saidi atas dasar kawan. Kemudian saya nampak ada sebuah Toyota Hilux di belakang kenderaan kami dan nampak dua orang lelaki di dalam kenderaan itu. Seorang daripada lelaki itu masuk ke dalam Range Rover yang saya dan Saidi naiki, dan dia duduk di bahagian penumpang belakang,” katanya yang memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak mengenali lelaki itu.
Razak, yang merupakan rakan kongsi Saidi dalam Syarikat Trace Tag International (Asia) Sdn Bhd, berkata pemandu Saidi iaitu Shamsul Rizal Sharbini kemudian membawa mereka ke sebuah bangunan bersebelahan Pavilion dan setibanya di tempat itu, beliau nampak beberapa orang menunggu mereka di pintu masuk.
“Kemudian saya dan Saidi dibawa oleh seseorang untuk menaiki lif dan apabila sampai di tingkat yang dituju, kami telah masuk ke dalam satu bilik mesyuarat di mana saya nampak dua orang lelaki seakan-akan berbangsa Cina yang sedia menunggu di dalam bilik tersebut.
“Saya tidak dapat camkan kedua-dua lelaki berkenaan dan tidak boleh pastikan (sama ada) salah seorang lelaki itu adalah Datuk Rizal Mansor kerana saya tidak kenal beliau ketika itu,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa kedua-dua bagasi yang dibawa diletakkan di sudut bilik itu sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard atau Vellfire yang sedia menunggu di hadapan lobi bangunan tersebut.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi melalui Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tiga lokasi iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya di antara Jan 2016 dan 7 Sept 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 9 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020
Rosmah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadiri prosiding perbicaraan kes rasuah berhubung projek solar hibrid, 20 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Wang RM5 juta dalam dua bagasi untuk 'RM' - Saksi
Razak berkata, rakannya Saidi Abang Samsudin memaklumkan perkara itu kepadanya beberapa bulan selepas penyerahan wang berkenaan di bangunan bersebelahan Pavilion.