awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ada masalah mental dilapor hilang selepas turun bas di Teluk Intan

Bernama
Bernama
08/08/2023
15:32 MYT
Wanita ada masalah mental dilapor hilang selepas turun bas di Teluk Intan
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata Nur Faizatul Azwani Kasim, 31, dilaporkan tidak pulang ke rumah suaminya di Kampung Sungai Jejawi di Teluk Intan selepas wanita itu kembali dari rumah adiknya di Shah Alam. - BERNAMA
IPOH: Seorang wanita yang mempunyai masalah mental dilaporkan hilang sejak 1 Ogos apabila tidak pulang ke rumah selepas turun dari bas di Stesen Bas Bandar Baru Teluk Intan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata Nur Faizatul Azwani Kasim, 31, dilaporkan tidak pulang ke rumah suaminya di Kampung Sungai Jejawi di Teluk Intan selepas wanita itu kembali dari rumah adiknya di Shah Alam, Selangor.
"Mangsa seorang suri rumah, kali terakhir dilihat memakai sepasang blaus ungu dan tudung hitam.
"Suami mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sri Muda, Shah Alam pada 3 Ogos lalu selepas gagal menemui mangsa," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pernah melihat mangsa boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di talian 05 6299 222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Nurhalin Shamsuri di talian 013-9685 829.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk mengesan seorang lelaki bernama A. Arujunan, 72.
Beliau berkata lelaki itu, yang merupakan pemastautin tetap, mempunyai alamat terakhir di 63, Kampung Ara Payung dekat Batu Gajah.
"Mohon kerjasama orang ramai membantu mengesan lelaki berkenaan dan jika mempunyai apa-apa maklumat, boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Sentral di talian 05-2451528/1529 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451 500 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita masalah mental
#hilang
#Stesen Bas Bandar Baru Teluk Intan
#Polis Daerah Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan