awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita akan berkahwin Isnin ini cari bapa jadi wali nikah

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2021
03:49 MYT
Wanita akan berkahwin Isnin ini cari bapa jadi wali nikah
Maimunah meminta bantuan orang ramai untuk mengesan bapa kandung bagi mewalikan pernikahannya yang dijadualkan pada Isnin ini. - Foto Sinar Harian
SABAK BERNAM:Seorang wanita yang menetap di Sabak Bernam kini sedang mencari bapa kandungnya, Khaizaar Umar, 67, untuk menjadi wali pernikahannya.
Lapor Sinar Harian, Maimunah Khaizaar, 29, mula berpisah dengan bapanya itu selepas dia diserahkan kepada seorang ibu angkat sejak bayi.
Justeru dia yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Isnin ini berharap orang ramai dapat membantunya mencari bapa kandungnya itu.
Maimunah dan bakal suami, Rahmad Ahma, 26, kini buntu untuk mencari bapa kandungnya itu kerana tidak mengetahui lokasi terkini bapanya itu.
Menurutnya, dia menghadapi kesukaran untuk mengesan bapanya berikutan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya.
“Usaha mengesan bapa kandung saya sangat penting kerana saya memang hendak dia menjadi wali pernikahan saya nanti,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.
"Alamat terakhir bapa saya di Kampung Baru, Pancor, Pokok Sena, Kedah," katanya.
Katanya, dia juga berharap perkahwinan itu dapat mengeratkan hubungan keluarga kandungnya yang terpisah sejak dia masih kecil.
Orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana keberadaan bapa kandung Maimunah diminta menghubunginya di talian 017-6146234.
Topic Berkaitan
#cari bapa kandung
#perkahwinan
#wali pernikahan
#terpisah sejak kecil
#akan berkahwin
#Maimunah Khaizaar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan