awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita akan dibenarkan menonton perlawanan di stadium - Ketua Persekutuan Bola Sepak Iran

Bernama
Bernama
01/07/2023
09:34 MYT
Wanita akan dibenarkan menonton perlawanan di stadium - Ketua Persekutuan Bola Sepak Iran
Di bawah tekanan badan induk dunia FIFA, larangan itu telah dilonggarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Unsplash
TEHRAN: Wanita di Iran akan dibenarkan menonton perlawanan bola sepak di stadium pada masa hadapan, kata ketua persatuan bola sepak negara itu pada Jumaat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Sehingga kini, wanita di Iran hanya dibenarkan berada di tempat duduk atas beberapa pengecualian, yang terbaharu pada perlawanan persahabatan menentang Rusia.
"Majlis keselamatan negara telah meluluskan perkara ini dan menubuhkan kumpulan kerja untuk memutuskan pelaksanaannya," kata ketua Persekutuan Bola Sepak Iran, Mehdi Taj di luar acara.
Di bawah tekanan badan induk dunia FIFA, larangan itu telah dilonggarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Majlis Keselamatan Iran bertanggungjawab menangani isu-isu pertahanan dan perlindungan Revolusi Islam. Keputusan itu dimuktamadkan selepas mendapat kelulusan ketua agama.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#bola sepak
#penonton wanita
#stadium
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan