KUALA LUMPUR: Polis menahan dua individu selepas lebih 20 buah kereta peronda polis mengejar mereka kira-kira 50 kilometer, selepas lari dari pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya, di sini, semalam.
Kedua-dua suspek iaitu pemandu lelaki kereta jenis Perodua Bezza berumur 27 dan penumpang wanita berusia 21 tahun, akhirnya ditahan di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya, Sepang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata kejadian pada 1.42 pagi itu, sebanyak 28 buah kereta unit peronda polis dari empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Sepang, IPD Serdang, IPD Subang Jaya dan IPD Petaling Jaya, ditugaskan untuk mengekori suspek.
Beliau berkata dalam kejadian itu, seorang anggota daripada unit rondaan bermotosikal cedera akibat dirempuh, semasa cuba menahan kereta suspek di Jalan PJS 6/1 Sungei Way, Petaling Jaya.
"Hasil pemeriksaan lanjut dalam kereta suspek, polis menemukan sebilah pisau, sepasang gunting, sepasang sarung tangan, sebuah topi keledar, sekeping kad pengenalan individu lain dan empat keping kad debit," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mohd Fakhrudin berkata semakan rekod mendapati, pemandu lelaki itu mempunyai 11 rekod lampau iaitu enam melibatkan kesalahan jenayah, empat melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod masih dikehendaki bersabit kesalahan samun berkumpulan dengan menggunakan senjata, manakala wanita itu pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Beliau berkata kedua-dua suspek telah di bawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Mohd Fakhrudin berkata kes ini juga telah dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain.
"Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah serta mereka yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini, boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Polis menahan dua individu selepas lebih 20 buah kereta peronda polis mengejar mereka kira-kira 50 kilometer, selepas lari dari pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya. - Foto Sinar Harian
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Wanita antara dua ditahan selepas lebih 20 kereta peronda polis ekori mereka
Polis menahan dua individu selepas lebih 20 buah kereta peronda polis mengejar mereka kira-kira 50 kilometer, selepas lari dari pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya.