Skip to main content

Malaysia

Wanita antara lima direman kes culik lelaki

PASIR MAS, 8 Jun -- Seorang wanita antara lima individu direman 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penculikan seorang lelaki pada Jumaat lepas.  Perintah reman terhadap suspek berusia 20-an hingga 30-an itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali di Kompleks Mahkamah Pasir Mas di sini hari ini.  Reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961 (Akta 365).  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Semua suspek ditahan semalam selepas disyaki terlibat dalam penculikan lelaki berusia 51 tahun itu dengan menggunakan senjata api di Tumpat. - Gambar/ Bernama

PASIR MAS: Lima individu termasuk seorang wanita direman 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penculikan seorang lelaki pada Jumaat lepas.

Perintah reman terhadap suspek berusia 20-an hingga 30-an itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali di Kompleks Mahkamah Pasir Mas di sini hari ini.

Reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961 (Akta 365).

Terdahulu, semua suspek yang berpakaian lokap tiba di kompleks mahkamah pada 8.50 pagi dengan diiringi anggota polis.

Semua suspek ditahan semalam selepas disyaki terlibat dalam penculikan lelaki berusia 51 tahun itu dengan menggunakan senjata api di Tumpat.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement