awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita buat kandungan 'lucah', menteri arah Jakim buat laporan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2023
10:34 MYT
Wanita buat kandungan 'lucah', menteri arah Jakim buat laporan
Mohd Na'im Mokhtar berkata, susulan kes itu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan berhubung seorang wanita menjadi pentadbir akaun Telegram yang mempunyai kandungan tidak bermoral.
Menterinya, Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, susulan kes itu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.
“Saya juga telah mengarahkan Jakim untuk memanggil dan membuat pertemuan bersama pihak yang berkaitan dengan memberikan nasihat serta bimbingan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini wanita terbabit aktif memuat naik kandungan yang berunsurkan seksual, membuka aib pasangan dan terbuka berkongsi mengenai hubungan kelamin.
Tambah Mohd Na'im, setiap manusia perlu mempunyai perasaan malu agar dapat menjaga akhlak.
Tegasnya, terdapat perkara yang tidak perlu dibincangkan secara terbuka termasuk bab perhubungan intim suami isteri.
“Dalam sabda Nabi SAW “sesungguhnya di antara yang didapatkan manusia dari perkataan (yang disepakati) para Nabi adalah; “Jika kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu,”(HR Bukhari).
“Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah. Ini bukan akhlak Islam,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JAKIM
#Mohd Na'im Mokhtar
#hubungan kelamin
#kandungan tidak bermoral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan