awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita buat laporan palsu konon kena samun

Sinar Harian
Sinar Harian
20/05/2022
21:05 MYT
Wanita buat laporan palsu konon kena samun
Polis membuat laporan polis terhadap wanita itu kerana membuat laporan palsu. - Gambar hiasan/PDRM
BENTONG: Seorang wanita dikesan membuat laporan palsu dengan mendakwa disamun oleh seorang lelaki, pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita tempatan berusia 28 tahun itu datang ke balai polis untuk membuat laporan mendakwa dirinya disamun, kira-kira jam 8 pagi, pada Khamis.
"Wanita itu mendakwa disamun oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan sebuah gerai menghala ke Desa Permai, Bentong ketika pulang selepas menghantar anaknya ke sekolah.
"Dakwanya lagi, dia ditahan oleh seorang lelaki dan mengambil wang RM380 miliknya.
"Polis merakam keterangan wanita itu untuk tujuan siasatan namun ada keraguan terhadap keterangan diberikan oleh wanita itu malah tidak ada sebarang petunjuk," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Menurut Zaiham, wanita itu datang semula ke balai polis sekitar jam 7 malam pada hari sama untuk menarik laporan polis.
“Wanita tersebut kemudian disoal siasat semula oleh pegawai penyiasat berikutan mahu menarik laporan polis dan dia mengaku mereka cerita telah disamun.
"Sebenarnya dia telah menggunakan duit rakannya," katanya lagi.
Berikutan tindakan wanita itu polis membuat laporan polis terhadapnya kerana membuat laporan palsu dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zaiham Mohd Kahar
#laporan palsu
#Seksyen 182 Kanun Keseksaan
#disamun lelaki tidak dikenali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan