awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita cedera bungkusan dibuka meletup

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/07/2023
10:19 MYT
Wanita cedera bungkusan dibuka meletup
Keadaan di lokasi di mana bungkusan yang diterima mangsa meletup dalam kejadian di belakang sebuah restoran di Jalan Pantai Cenang, pada Sabtu. -Foto PDRM
LANGKAWI: Seorang wanita cedera di muka dan badan selepas bungkusan yang diterima meletup dalam kejadian di belakang sebuah restoran di Jalan Pantai Cenang, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis menerima laporan mengatakan berlaku letupan di sebuah premis pada jam 10.27 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bersama Unit Pemusnah Bom dan unit anjing pengesan digerakkan ke lokasi.
“Hasil siasatan awal polis wanita berkenaan menerima satu bungkusan dan membukanya ketika berada di belakang restoran.
“Wanita berusia 26 tahun itu warga asing dan pemegang kad UNHCR dipercayai mengusahakan kedai makan di belakang restoran tersebut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Shariman berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang mengalami kecederaan di muka dan badan dilaporkan telah sedar dan berada dalam keadaan stabil.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Menurut Shariman lagi, polis sedang mengesan penghantar bungkusan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui jenis bahan letupan yang diletakkan di dalam bungkusan terbabit.
Topic Berkaitan
#bungkusan meletup
#Jalan Pantai Cenang
#belakang sebuah restoran
#pemegang kad unhcr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan