awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita cedera di leher, lutut bergelut dengan peragut

Sinar Harian
Sinar Harian
01/12/2024
09:38 MYT
Wanita cedera di leher, lutut bergelut dengan peragut
Tangkap layar video kejadian yang menimpa seorang wanita ketika bergelut dengan peragut bermotosikal di tepi jalan sekitar Taman Pinggiran, Pasir Penambang pada Sabtu. -Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Seorang wanita cedera pada leher dan lutut kiri apabila bergelut dengan peragut bermotosikal di tepi jalan sekitar Taman Pinggiran, Pasir Penambang di sini pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita cedera pada leher dan lutut kiri selepas bergelut dengan peragut bermotosikal di Taman Pinggiran, Pasir Penambang.
  • Suspek meragut rantai leher mangsa dan melarikan diri, sementara pihak polis sedang memburu suspek dan menyiasat kes di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
  • Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor atau balai polis berdekatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 8.20 malam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berusia 53 tahun itu menunggang motosikal sebelum dihampiri sebuah motosikal lain lalu terjatuh.
"Suspek lelaki itu kemudian meragut rantai leher dipakai mangsa dan melarikan diri manakala wanita terbabit mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang mempergiatkan usaha memburu suspek lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit 10 saat memaparkan seorang wanita terjatuh dari motosikalnya sebelum diragut suspek di depan kawasan rumah penduduk taman tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#peragut bermotosikal
#Kuala Selangor
#wanita cedera
#Taman Pinggiran Pasir Penambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan