awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita cedera tersepit nahas kereta bertembung

Sinar Harian
Sinar Harian
11/05/2025
05:00 MYT
Wanita cedera tersepit nahas kereta bertembung
Kereta dipandu mangsa dikatakan bertembung dengan sebuah kenderaan lain dalam kejadian awal pagi Ahad. -Sinar Harian
SIMPANG AMPAT: Seorang wanita cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 150 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi Ahad.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita cedera ringan selepas kereta Perodua Axia yang dipandunya bertembung dengan BMW di Lebuhraya Utara-Selatan.
  • Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas.
  • Operasi menyelamat tamat sepenuhnya kira-kira jam 4.16 pagi dan mangsa diserahkan kepada petugas KKM untuk tindakan lanjut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Pegawai Bomba Kanan II Fairol Mahazi Malek berkata, mangsa yang berusia 20 tahun tersepit di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Axia berjaya dibawa keluar dalam operasi menyelamat.
Menurutnya, dalam kejadian itu, kenderaan yang dipandu wanita terbabit bertembung dengan sebuah kenderaan jenis BMW kira-kira jam 3.14 pagi.
“Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.14 pagi sebelum sebuah jentera dari BBP Perai bersama sembilan anggota termasuk seorang penyelia dikerahkan ke lokasi.
“Anggota tiba di lokasi pada jam 3.29 pagi dan mendapati seorang mangsa wanita tersepit di bahagian pemandu. Pasukan penyelamat bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas Rescue Tech,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 4.16 pagi.
Turut berada di lokasi ialah anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan serta petugas ambulans KKM. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara-Selatan
#PLUS
#Perodua Axia
#BMW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan