MALAYSIA
Wanita cuba dekati Sultan Perak direman tiga hari

Wanita ditahan selepas bertindak naik ke pentas utama mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri 2025 pada Ahad direman selama tiga hari. - Foto Sinar Harian
IPOH: Wanita ditahan selepas bertindak naik ke pentas utama mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri 2025 pada Ahad direman selama tiga hari.
Ringkasan AI
- Seorang wanita berusia 41 tahun direman tiga hari selepas cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Ipoh.
- Suspek disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah; dia mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan rawatan psikiatri.
- Kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi ketika lagu kebesaran negeri dimainkan, suspek dilihat berlari ke arah Sultan Nazrin di pentas utama.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tempoh reman terhadap wanita itu diperoleh bermula pada Isnin sehingga Rabu ini.
"Permohonan reman ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah,” katanya.
Media melaporkan seorang wanita yang memakai kemeja dan seluar hitam tersebut dilihat berlari ke arah Sultan Nazrin yang sedang berdiri memberi tabik hormat sewaktu lagu kebesaran negeri Perak sedang dimainkan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi itu dan semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah selain rekod rawatan psikiatri yang kini berada di bawah pengawasan pakar. -- Sinar Harian


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami