awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
MALAYSIA
Pemandu lori rogol anak kandung dipenjara 10 tahun, 20 sebatan
MALAYSIA
ASEAN terima Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Wanita didakwa muat naik sijil nikah palsu dengan kerabat diraja

Bernama
Bernama
19/06/2025
08:19 MYT
Wanita didakwa muat naik sijil nikah palsu dengan kerabat diraja
Persana Avril Sollunda, 43 (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memuat naik hantaran video dan gambar sijil pernikahan palsu antara seorang kerabat diraja dengan dirinya, Februari lalu. -Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memuat naik hantaran video dan gambar sijil pernikahan palsu dirinya dengan seorang kerabat diraja, Februari lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang tukang urut wanita, Persana Avril Sollunda, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memuat naik video dan gambar sijil pernikahan palsu dengan seorang kerabat diraja di TikTok.
  • Dia didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan, dan menetapkan sebutan semula kes pada 17 Julai selepas waran tangkap dikeluarkan kerana gagal hadir sebelum ini.

Pengakuan Persana Avril Sollunda, 43, direkodkan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Wanita itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran gambar dalam sebuah video palsu di aplikasi TikTok melalui akaun "king.charles.ratu" yang memaparkan sijil pernikahan palsu antara seorang kerabat diraja dan Crown Princess Ratu Shana dengan niat menyakiti hati orang lain pada 25 Feb.
Hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di sini pada 10 pagi 26 Feb.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Jika sabit kesalahan, Persana Avril boleh dihukum denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan wanita itu tidak mengemukakan sebarang rayuan bagi mengurangkan jumlah tersebut.
Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai dan menetapkan sebutan semula kes pada 17 Julai.
Pada 22 Mei, mahkamah sama mengeluarkan waran tangkap terhadap Persana Avril, selepas gagal hadir ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tukang urut wanita
#Persana Avril Sollunda
#sijil pernikahan palsu
#kerabat diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami