awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain

Bernama
Bernama
12/02/2025
12:45 MYT
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Henny (kiri) didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas. - Gambar Bernama
KUANTAN: Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
Henny Mohamed Najib, 42, kelihatan menangis ketika membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat yang turut memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda.
Dia didakwa memiliki kad pengenalan atas seorang penama sebagai dokumen pengenalan diri semasa pemeriksaan dibuat dalam Ops Sapu oleh Jabatan Imigresen Pahang di premis A-2018 tingkat atas Lorong Seri Kuantan, Perkampungan Seri Kuantan di sini pada 12.45 tengah malam, 7 Feb.
Wanita itu didakwa mengikut Peraturan 25 (1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang Burhanuddin Hamzah dan Penolong Pegawai Pendakwa Fahkrol Anuar Sani manakala tertuduh diwakili peguam daripada Pusat Bantuan Guaman (LAC) Mohamed Azahari Matiasin.
Pada prosiding itu, Fahkrol Anuar memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana melibatkan kesalahan berkaitan kad pengenalan yang membolehkan individu menikmati pelbagai keistimewaan selain sebagai pengajaran kepada wanita terbabit dan masyarakat.
Terdahulu, Mohamed Azahari memohon hukuman denda kepada tertuduh yang mempunyai dua orang anak dan ditanggung suami bekerja sebagai buruh binaan.
Mengikut fakta kes, JPN Pahang telah menahan wanita itu pada 7 Feb lepas dan semakan mendapati cap ibu jarinya tidak sepadan dengan kad pengenalan diserahkan selain imej pemilik dokumen pengenalan diri itu berbeza dengan wajah tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#mykad
#hukuman setimpal
#buruh binaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan