awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dijumpai mati dipercayai dibunuh rakan lelaki

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/10/2020
05:43 MYT
Wanita dijumpai mati dipercayai dibunuh rakan lelaki
Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 4 petang hingga 9.45 malam. - Foto: PDRM
JITRA:Seorang wanita ditemui mati disyaki dibunuh rakan lelakinya di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri, di sini tengah malam Ahad.
Dalam kejadian itu, Siti Nor Sufieza Md Sharif, 23, ditemui di ruang tamu rumah berkenaan dalam keadaan tidak bernyawa.
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 12.10 tengah malam dan setibanya anggota di lokasi mangsa yang ditemui sudah tidak bernyawa.
Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 4 petang hingga 9.45 malam.
Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang disyaki rakan kepada si mati untuk tindakan lanjut.
Mohd Ismail berkata, suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Tiada kesan kecederaan pada mayat mangsa cuma ada sedikit lebam di leher namun kita masih menunggu laporan bedah siasat," ujar Mohd Ismail.
Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk siasatan.
Sementara itu, menurut Ketua Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Sapii Ahmad, berkata, suspek bekerja sebagai peniaga pasar malam itu direman tiga hari bermula hari ini.
Topic Berkaitan
#wanita dibunuh
#Taman Mahsuri
#mangsa bunuh
#polis
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan