awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita diperdaya RM3.5 juta bebaskan anak dipenjara

Sinar Harian
Sinar Harian
26/06/2023
07:45 MYT
Wanita diperdaya RM3.5 juta bebaskan anak dipenjara
Lelaki warga tempatan berusia 35 tahun itu ditahan di sekitar Johor Bharu. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan menipu seorang wanita bagi urusan pembebasan anak perempuannya yang kini berada dalam tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sejak 2019 lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar, lelaki warga tempatan berusia 35 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dengan dibantu oleh pihak JSJ Bukit Aman hasil maklumat yang diterima.
Menurutnya, polis Johor menerima aduan daripada seorang wanita warga tempatan mendakwa telah ditipu dalam urusan untuk membebaskan anak perempuannya yang sedang dalam tahanan di Penjara Kajang atas kesalahan ATIPSOM/SOSMA sejak 2019.
“Suspek mengatakan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes bagi membebaskan anak perempuannya itu, selain menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin dengan syarat wanita berkenaan menyerahkan sejumlah wang tunai kepadanya.
“Percaya dengan kata-kata suspek, wanita berkenaan telah menyerahkan wang tunai secara berperingkat kepada suspek antara Mac 2020 hingga Jun 2023 sehingga berjumlah RM3.5 juta,” katanya.
Tambah beliau, wanita berkenaan tampil membuat laporan polis selepas menyedari ditipu oleh suspek.
"Suspek kemudiannya telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Kesalahan Tipu Kesalahan Tipu menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan juga boleh didenda," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bebas anak
#wanita ditipu
#SOSMA
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan