KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan dan polis merampas sejumlah dadah yang ditemui di dalam but keretanya di Taman Danau Kota, Setapak di sini, pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Adnan Azizon berkata wanita berusia 43 tahun itu ditahan selepas didapati memandu kereta Toyota Yaris dalam keadaan mencurigakan.
"Polis menemui syabu seberat 10 kilogram di dalam but kereta wanita itu dan hasil soal siasat membawa polis ke kondominium yang disewa wanita itu di Taman Ibukota di sini dan hasil pemeriksaan polis menemui heroin seberat 145 gram.
"Polis turut merampas lima bentuk cincin emas, tiga utas rantai tangan emas, dua utas rantai leher emas, seutas jam tangan dan wang tunai RM5,478," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas itu dianggar bernilai lebih RM396,000 dan siasatan awal polis mendapati unit kondominium itu disewa sejak empat bulan lepas dengan bayaran RM1,500 sebulan.
Wanita yang positif syabu itu direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
Adnan berkata wanita berusia 43 tahun itu ditahan selepas didapati memandu kereta Toyota Yaris dalam keadaan mencurigakan. - Gambar hiasan
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Polis berkas wanita tawar pelaburan ‘kutu’ tidak wujud
Seorang wanita yang disyaki memperdayakan mangsa dengan menawarkan pelaburan 'kutu' tidak wujud diberkas polis di Jerteh.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen
Christina Montoya dari San Antonio, Texas telah ditahan dan didakwa dengan kesalahan membawa pistol tanpa lesen.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Op Daddy: Enam lagi wanita ditahan
Polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan mempromosi video seks melibatkan lebih 20 wanita, melalui media sosial.
Wanita ditahan salah guna kad debit penjawat awam - Polis
Wanita itu ditahan pada 7.45 malam oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Brickfields.
Polis Kedah tahan 4 individu sindiket pengedaran ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan bersama 16 kilogram (kg) dadah jenis ganja mampat bernilai RM50,250 dalam dua serbuan berasingan di Kota Setar, Khamis lalu.
Kilang proses ubat batuk tiruan diserbu, wanita ditahan
KPDN turut rampas antaranya 10,000 botol ubat batuk yang siap dibungkus, 900 liter cecair disyaki ubat batuk dalam mesin pengadun.
Wanita peras ugut pelakon Parasite, Lee Sun-kyun ditahan
Seorang wanita yang disyaki memeras ugut aktor Lee Sun-kyun ditahan oleh polis tempatan, beberapa jam selepas bintang itu ditemui meninggal dunia.
Samun bersenjata: Dua wanita antara empat ditahan - Polis
Kesemua suspek warga tempatan berkenaan masing-masing ditahan di Senawang, Negeri Sembilan dan Putra Perdana, Puchong.