awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept

Bernama
Bernama
17/09/2024
14:00 MYT
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata seorang lagi wanita yang ditahan di Nilai dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman tamat hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata seorang lagi wanita yang ditahan di Nilai dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman tamat hari ini.
"Hari ini polis telah membuat permohonan untuk menyambung reman seorang (yang ditahan di Nilai) di Mahkamah Sesyen Seremban bagi meneruskan siasatan berhubung kes tersebut. Seorang lagi wanita tidak direman dan diberi jaminan kerana mengandung," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata dua wanita yang ditahan di Seremban turut disambung reman hingga 22 Sept ini selepas tempoh reman mereka berakhir 14 Sept lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilaporkan berkata polis menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara setahun hingga 17 tahun dipercayai dieksploitasi membabitkan negeri ini dan Selangor.
Seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita ditahan
#Op Global
#Polis Negeri Sembilan
#eksploitasi kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan