awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita hamil koma dipukul suami kini di bawah jagaan keluarga

Bernama
Bernama
17/06/2021
14:37 MYT
Wanita hamil koma dipukul suami kini di bawah jagaan keluarga
Tertuduh (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis. - Gambar fail
SEREMBAN: Wanita hamil 12 minggu yang koma akibat dipukul suami kini dijaga oleh adiknya Fazariah Nordin yang berasal dari Bandar Sri Sendayan dekat sini.
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memaklumkan Jahidah Nordin, 43, kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban atas permintaan keluarga selain mendapat nasihat daripada pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
"Fazariah ketika ditemui tengah hari tadi memaklumkan Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSA namun dipindahkan ke HTJ atas permintaan keluarga dan nasihat pihak HSA," menurut MAINS dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.
Kenyataan itu menyebut MAINS, melalui Unit Khidmat Kesihatan, memaklumkan agensi itu telah menghulurkan bantuan wang tunai sebagai permulaan dan mengambil beberapa maklumat lain bagi bantuan seterusnya.
BACA: Pukul isteri hingga koma, peniaga mengaku tidak bersalah
Pada 17 Mei lepas, media melaporkan Jahidah, yang merupakan seorang penjawat awam dan bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor, dikejarkan ke HSA selepas dipercayai dicederakan suaminya.
Mangsa mengalami kecederaan parah dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.
Bagaimanapun, suami mangsa iaitu Rosmaini Abd Raof, 38, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini, mengaku tidak bersalah mencederakan isteri ketiganya itu sehingga parah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita hamil
#koma
#dipukul suami
#Jahidah Nordin
#Bandar Sri Sendayan
#Rosmaini Abd Raof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan