Seorang wanita berdepan detik cemas apabila hampir dilarikan ketika menunggu di dalam keretanya.
Kisah itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Nabila Huda Mohamad, 24 tahun, yang tidak menyangka kisah menakutkan yang sering dibaca di laman sosial berlaku kepada dirinya.
Menurut Nabila Huda, dalam kejadian yang berlaku di Bandar Baru Sungai Buloh petang Khamis, dia sedang menunggu suaminya yang menjalankan urusan bank.
Namun, secara tidak semena-mena seorang yang tidak dikenali tergesa-gesa masuk ke dalam keretanya yang tidak berkunci.
Menyedari itu bukan suaminya, dia pantas membuka pintu dan menjerit.
“Pandang sekejap saja, tengok seperti ada orang berlari dari belakang masuk tutup cepat-cepat. Bila tengok rupanya orang lain. Saya tidak menggelabah, tidak panik. Saya terus buka pintu pemandu dan jerit panggil suami.
“Dia terus masuk gear, tetapi ke depan. Kalau nak keluar patutnya ke belakang, tetapi salah masuk gear. Terus langgar tiang tangga dan kereta berhenti, sempat keluar.
Usahanya untuk keluar dan merampas kembali kunci kereta telah menarik perhatian orang awam.
“Saya tidak sedar macam mana saya boleh langkah dia. Saya tolak pintu kereta dan jerit sampai dengar ke dalam bank.
“Orang ramai sudah berkumpul sebab kemalangan. Orang ramai tarik kunci, dia masih berusaha untuk mengundur dan kereta terseret sedikit,” kata Nabila Huda menceritakan detik cemas itu.
“Selalunya saya memang kunci kereta. Saya tidak pernah terlupa; suami juga tidak pernah terlupa pesan. Saya pun tidak sangka ini boleh berlaku,” kata Nabila Huda.
Mujur tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan keadaan dan penjenayah berjaya diberkas.
Susulan kejadian, Nabila Huda dan suami membuat laporan polis.
Maisarah Atan
Thu Sep 15 2016
Tindakan pantas Nabila Huda berjaya menyelamatkan keadaan dan penjenayah berjaya diberkas. -Foto Facebook Nabila Huda
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Wanita hampir diculik di dalam kereta sendiri
Kisah itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Nabila Huda Mohamad, 24 tahun, yang tidak menyangka kisah menakutkan yang sering dibaca di laman social berlaku kepada dirinya.