Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Selasa menjumpai sarong, seutas gelang tangan dan ubat darah tinggi di dalam hutan, kira-kira dua kilometer dari Kampung Palaman Bo'ow, di mana seorang wanita warga emas dipercayai hilang sejak Ahad lepas.
Bagaimanapun sehingga SAR hari keempat pada Selasa ditangguhkan pada pukul 6 petang semalamwanita berusia dikenali sebagai Rigek Anak Moseng, 73, dari Kampung Stass, Bau masih belum ditemui.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Tiong Ling Hii berkata ketiga-tiga barangan berkenaan disahkan milik mangsa oleh anggota keluarganya.
Sementara itu, operasi mencari dan penyelamat (SAR) pada Selasa terpaksa dihentikan dan akan disambung pukul 7 pagi ini.
Katanya, lokasi pencarian hari ini dibahagikan kepada dua kumpulan, di kawasan Pelaman Bo'ow dan Kampung Sebobok.
"Maklumat daripada saksi sekitar mengatakan ada melihat mangsa di lokasi terakhir berkenaan pada 31 Mac 2017, yang jaraknya enam kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB)," katanya.
Operasi mencari melibatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau diketuai Ketua Balai Ebby Hirwandy Sarbini, pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Penyelamat Malaysia dan 47 penduduk kampung. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017
Operasi mencari dan penyelamat (SAR) pada Selasa terpaksa dihentikan dan akan disambung pukul 7 pagi ini. - Gambar hiasan
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
S. Thilagawathy selamat, keluar rumah dengan rela hati - Polis
S. Thilagawathy, 41, yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pada 30 Nov lepas, kini berada dalam keadaan selamat.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
Taufan tropika Trami ragut 46 nyawa, 20 lagi hilang di Filipina
Angka korban akibat taufan tropika Trami yang melanda Filipina minggu ini meningkat kepada 46 orang, dengan sekurang-kurangnya 20 orang lagi masih hilang.
Taufan Helene: Hampir 100 orang masih hilang di Carolina Utara
Seramai 92 orang masih hilang atau tidak ditemukan di Carolina Utara ketika negeri di Amerika Syarikat (AS) itu menangani kesan daripada Taufan Helene.
Nelayan hilang selepas terjatuh dari bot
Seorang nelayan warga tempatan dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot yang dinaiki bersama rakannya di perairan Batu Laut pada Isnin lepas.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.
Pakistan cari tiga pendaki Rusia yang hilang
Pihak berkuasa Pakistan meneruskan operasi mencari pada Ahad untuk menyelamatkan tiga pendaki Rusia yang hilang di Gasherbrum IV.
Mayat lelaki di jambatan Klang dipercayai Nidza Afham - Ketua Polis Selangor
Mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.