Seorang wanita bernama, Kai Darul hari ini menafikan kewujudan akaun Instagram bernama FreeBleed yang mempromosikan penggunaan darah haid dalam masakan harian.
Hari ini, Kai Darul mengeluarkan kenyataan dalam akaun Twitter @KaiDarul yang menyatakan bahawa akaun Instagram FreeBleed yang menampilkan fotonya merupakan satu akaun palsu yang diwujudkan oleh individu yang tidak dikenali.
Pada mulanya, akaun itu dilapor memuat naik gambar wanita tersebut dengan mesej tersendiri mengenai feminisme, seolah-olah akaun itu dimiliki oleh Kai Darul.
Kemudian akaun tersebut berkongsi gambar makanan seperti 'pan cake' dan 'waffle' bersama ramuan yang kononnya diperbuat daripada darah haid untuk menarik perhatian netizen.
Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut telah mengundang reaksi negatif daripada pengamal media sosial.
Menurut FreeBleed, akaun ini dibuka untuk membawa perubahan dalam dunia feminisme.
Terbaru, Kai Darul memohon bantuan para netizen untuk melaporkan mengenai akaun palsu tersebut kepada pihak penyelenggara Instagram dan Facebook.
Kohilah Sekaran
Mon Jun 01 2015
Seorang wanita bernama, Kai Darul menafikan kewujudan akaun Instagram bernama Free Bleed yang mempromosikan kegunaan darah haid dalam masakan harian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa (1)
Idealisme sempit yang saya anggap satu rekakasa jahat. Ciptaan gerakan liberal global yang berhasrat mengubah tamadun dunia dengan alasan "demi keadilan terhadap wanita".
Pendidikan peringkat awal penting untuk faham hak saksama - Malala Yousafzai
Pendidikan di peringkat awal merupakan satu langkah penting untuk memastikan anak-anak memahami apa itu kesaksamaan antara jantina berlainan.
Wanita jadi mangsa curi identiti di Instagram
Seorang wanita dengan nama, Kai Darul di Twitter menafikan kewujudan akaun Instagram bernama FreeBleed yang mempromosikan kegunaan darah haid dalam masakan harian.