awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita jatuh gaung selamat dibawa keluar

Bernama
Bernama
09/07/2024
01:30 MYT
Wanita jatuh gaung selamat dibawa keluar
Mangsa berusia 35 tahun itu dibawa keluar dengan selamat kira-kira 1.30 pagi. - Foto JBPM
IPOH: Seorang wanita yang cedera selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter semasa menuruni puncak Gunung Korbu di sini semalam, berjaya dibawa keluar awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa berusia 35 tahun itu dibawa keluar dengan selamat kira-kira 1.30 pagi.
"Wanita itu seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Sabarodzi dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada 3.29 petang dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) telah digerakkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tambun.
Wanita terbabit dikatakan menyertai trip Pendakian Korbu dan Gayong bersama 34 lagi peserta sejak Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terjatuh gaung
#Gunung Korbu
#JBPM
#Pendakian Korbu dan Gayong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan