awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita "keldai akaun" ditahan sebabkan kerugian RM213,200

Bernama
Bernama
12/07/2024
14:45 MYT
Wanita "keldai akaun" ditahan sebabkan kerugian RM213,200
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata wanita berusia 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat hari ini susulan laporan dibuat mangsa. - Gambar fail/PDRM
BALIK PULAU: Polis menahan seorang wanita yang disyaki menjadi "keldai akaun" kepada sindiket penipuan tawaran kerja secara dalam talian yang tidak wujud menyebabkan mangsa kerugian RM213,200 dalam kejadian di Bayan Lepas baru-baru ini
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata wanita berusia 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat di sini hari ini susulan laporan dibuat mangsa.
"Siasatan mendapati mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM213,200 dan membuat laporan polis selepas menyedari ditipu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket penipuan tersebut.
Dalam perkembangan lain, Kamarul Rizal berkata polis menahan seorang wanita berusia 51 tahun selepas dia menyerah diri di Balai Polis Bayan Lepas di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan.
Beliau berkata berdasarkan siasatan kes penipuan itu melibatkan mangsa seorang pembantu taska wanita berumur 28 tahun yang kerugian RM7,000.
Menurutnya suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek iaitu lelaki berusia lingkungan 30-an bagi kes sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita
#keldai akuan
#sindiket penipuan tawaran kerja
#dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan