Pemandu wanita yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Baling dan isterinya, di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling, Selasa lepas, ditahan reman empat hari lagi.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Shariffudin Yusof berkata perintah tahanan reman dikeluarkan kepada wanita berusia 37 tahun yang memandu Toyota Hilux sewaktu kejadian itu, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita membuka dua kertas siasatan bagi kes ini iaitu melibatkan narkotik dan trafik," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Suspek yang disahkan positif dadah jenis methampetamine itu sebelum ini ditahan reman selama empat hari sejak Rabu lepas di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan dan tempoh reman tamat hari ini.
Dalam kejadian 7.15 pagi itu, ASP Mohd Noor Mat Yaub sekeluarga menaiki Toyota Passo dalam perjalanan menghantar isterinya, Suriya Abdul Rahman, 37, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri sebelum sebuah Toyota Hilux dari arah Baling, merempuh belakang kereta mangsa.
Akibat rempuhan itu, kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah kereta jenis Honda City dari arah Kupang ke Baling menyebabkan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat anak mereka mengalami kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2017
Keadaan kereta yang dilanggar suspek hingga meragut nyawa pasangan suami isteri. - Gambar fail
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan
Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di Johor Bahru.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya
Dalam satu kenyataan, West Ham berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Mahasiswa maut dalam perjalanan ke kampus
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Tiga beranak maut, bayi setahun selamat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE
Bayi lelaki berusia kira-kira setahun selamat dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.