KENINGAU: Seorang wanita maut dipercayai dibakar suaminya sendiri dalam kejadian di Kampung Tinagalan, Sook, dekat sini Jumaat lalu.
Mangsa yang berusia 41 tahun dilaporkan meninggal dunia pada Ahad selepas menerima rawatan di Hospital Keningau.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli keluarga mangsa.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek berusia 50 tahun telah minum 'tapai' (minuman beralkohol) sejak Jumaat lalu di rumah mereka.
"Pada hari yang sama kira-kira jam 10 malam, anak mereka berusia 16 tahun terlihat kedua-duanya bertengkar mulut dalam keadaan mabuk yang teruk.
"Ketika bertengkar, suspek mengatakan hendak membakar mangsa dan mangsa pula mencabar untuk membakarnya jika berani.
"Suspek kemudian ke tingkat bawah rumah untuk mengambil gelen berisi petrol dan naik semula lalu menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum bertindak mencampakkan mancis yang menyala ke arah mangsa sehingga menyebabkan badan mangsa terbakar," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Susulan kejadian itu, Yampil berkata, rumah yang mereka diami terbakar sepenuhnya dan terdapat tiga anak turut berada di rumah tersebut.
"Anak mangsa bertindak membawa dua adiknya yang tidur keluar dari rumah kerana api yang bermula dari bilik kedua ibu bapanya mula merebak dalam rumah.
"Usaha memadamkan api pada badan mangsa dilakukan oleh anaknya sebelum mendapatkan bantuan daripada bapa saudaranya.
"Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Sook untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut. Namun pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia pada jam 1.41 tengah hari Sabtu," katanya.
Sehubungan itu, Yampil berkata, suspek ditahan dan direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 05 2024
Lokasi kejadian seorang wanita meninggal dunia selepas disimbah petrol dan dibakar oleh suaminya sendiri di Kampung Tinagalan, Sook. - Gambar/ Sinar Harian
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
AS umum operasti jeti terapung sementara di Gaza
Amerika Syarikat umum operasi jeti terapung di Gaza untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Kekejaman zionis: Israel mesti dihentikan! - Afrika Selatan di Mahkamah Dunia
Afrika Selatan gesa Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perintahkan penghentian serangan Israel ke atas Rafah.
Kekejaman zionis: Liga Arab gesa gencatan senjata di Gaza
Pemimpin Arab menggesa gencatan senjata segera di Gaza, penarikan tentera Israel dan pembatalan sekatan terhadap orang awam di Gaza semasa sidang kemuncak Liga Arab, di Bahrain, pada Khamis.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia
BAIC sasar buka 10 cawangan pengedar di seluruh negara tahun ini dengan yang pertama dikendalikan oleh Edaran Otomobil Elektrik (M) Sdn Bhd.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Wanita maut dibakar suami sendiri
Seorang wanita maut dipercayai dibakar suaminya sendiri dalam kejadian di Kampung Tinagalan, Sook, dekat Keningau Jumaat lalu.
Suami bakar isteri kerana cemburu
Si suami membakar isterinya dengan mencucuh api rokok ke badan wanita yang terlebih dahulu disimbah minyak.
Wanita dibakar suami dalam keadaan kritikal
Wanita yang melecur sehingga 27 peratus pada anggota badan akibat dibakar suaminya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Wanita maut dibakar suami, berang dituduh ambil dadah jadi punca
Berang dituduh mengambil dadah, seorang lelaki berusia 28 tahun tergamak membakar isterinya di rumah mereka dekat Kampung Bharu, Manjung.