awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami bakar isteri kerana cemburu

Gempak
Gempak
08/10/2023
01:20 MYT
Suami bakar isteri kerana cemburu
Mangsa ketika menerima rawatan di hospital. - Gempak
HANYA kerana mengesyaki isteri menjalin hubungan sulit atau berlaku curang di belakangnya, seorang suami bertindak di luar kawalan dengan membakar wanita itu.
Lebih teruk, si suami membakar isterinya dengan mencucuh api rokok ke badan wanita yang terlebih dahulu disimbah minyak.
Lelaki yang dikenali dengan pengenalan B baru berusia 17 tahun manakala isterinya, AD, 16 tahun.
B didakwa telah membakar A selepas mereka bertengkar di rumah sahabat wanita itu di Kelurahan Sei Bilah, Kecamatan Sei Lepan, Kabupaten Langkat, Sumatera Utara, Indonesia.
“Tertuduh cemburu kerana berasa isterinya menjalin asmara dengan lelaki lain,” ujar wakil pihak penguasa tempatan, AKP Yudianto seperti dilaporkan Kompas.
Menurut Yudianto lagi, tertuduh telah pergi bertemu isterinya yang keluar dari rumah dan menumpang kediaman rakan selepas mereka bertengkar.
Mereka telah bergaduh mulut sebelum A masuk ke dalam rumah dan B meminta anak rakan isterinya membeli minyak.
B kemudian masuk ke rumah, menyimbah minyak ke arah A sebelum membaling rokok dan menyebabkan api menjilat tubuh wanita tersebut.
A yang terkejut berlari ke bilik air untuk memadamkan api sebelum diselamatkan orang kampung.
Namun sebahagian wajah, dada, leher, tangan, telinga kanan dan kiri, hingga paha sebelah kiri wanita itu sempat terbakar.
Kini polis masih memburu B yang melarikan diri selepas kejadian berlaku. - Gempak
Topic Berkaitan
#cemburu
#suami bakar isteri
#dakwa curang
#simbah minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan