awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah perolehan projek Tentera Darat: Menteri Pertahanan buat kenyataan esok - Fahmi
Perintah berkurung di Narathiwat susulan serangan, letupan 11 stesen minyak
Kumpulan KTMB umum pelantikan Azlan Shah Al Bakri sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dicekik teman lelaki tertekan dikongkong - Polis

Bernama
Bernama
24/08/2025
10:45 MYT
Wanita maut dicekik teman lelaki tertekan dikongkong - Polis
Siasatan awal mendapati suspek bertindak mencekik mangsa yang berumur 52 tahun menggunakan tangan kerana tidak tahan dikongkong dalam perhubungan mereka. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Tertekan dikongkong menjadi punca seorang lelaki bertindak mencekik teman wanitanya sehingga mati di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Subang, Shah Alam, semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 47 tahun mengaku mencekik teman wanitanya berumur 52 tahun di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Subang kerana tertekan dikongkong dalam hubungan.
  • Mangsa ditemui terbaring di atas katil dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Sungai Buloh; suspek ditahan dan direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Polis menasihati agar tidak membuat spekulasi dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 018-9696941 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata warga tempatan berumur 47 tahun itu menghubungi polis pada 8.45 malam memaklumkan mengenai kejadian itu.
Beliau berkata sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh bergegas ke lokasi sebelum mendapati bilik yang disewa pasangan berkenaan berkunci dan suspek hanya membukanya selepas polis mengetuk pintu beberapa kali.
"Hasil pemeriksaan mendapati seorang wanita terbaring di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan lanjut oleh dua pembantu pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh pada 10.47 malam mengesahkan mangsa telah meninggal dunia lebih empat jam sebelum ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hafiz berkata siasatan awal mendapati suspek bertindak mencekik mangsa yang berumur 52 tahun menggunakan tangan kerana tidak tahan dikongkong dalam perhubungan mereka.
Katanya suspek ditahan di tempat kejadian dan direman tujuh hari hingga 30 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau berkata polis memandang serius insiden itu dan menasihati orang ramai agar bertenang, tidak membuat sebarang spekulasi serta tidak mengambil tindakan yang boleh melanggar undang-undang.
"Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Azraai Mohamad Amin di talian 018-9696941 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita maut
#dicekik taman lelaki
#tertekan dikongkong
#Kampung Baru Subang
#reman
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan