awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut digilis kereta ketika ribut

Bernama
Bernama
09/08/2019
22:22 MYT
Wanita maut digilis kereta ketika ribut
Mangsa maut dilanggar sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal akibat terkena kepingan atap zink yang diterbangkan ribut di hadapan Masjid Sharifah Fatimah. -Astro AWANI
Seorang wanita maut dilanggar sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal akibat terkena kepingan atap zink yang diterbangkan ribut di hadapan Masjid Sharifah Fatimah, Batu 13, Jitra, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata kejadian berlaku apabila sekeping atap zink yang diterbangkan angin terkena pada Marziah Che Omar, 27, dari Taman Bersatu, Jitra, yang sedang menunggang motosikal, menyebabkan dia terjatuh di atas jalan.
"Zink itu kemudian diterbangkan lagi dan menutup cermin hadapan sebuah kereta yang berada di belakang motosikal, menyebabkan pemandunya tidak tidak nampak pandangan hadapan, dan kereta itu terus menggilis wanita berkenaan," katanya kepada Bernama pada Sabtu.
Katanya Marziah yang mengalami kecederaan di beberapa anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.
Beliau berkata pemandu kereta itu membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Jitra dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya memandu dengan lebih berhati-hati dalam keadaan hujan lebat dan angin kuat ini.
"Selain itu elak memberhentikan kenderaan di bahu jalan kerana ia boleh mengundang bahaya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dilanggar kereta
#kepingan atap zink
#Marziah Che Omar
#Masjid Sharifah Fatimah
#Taman Bersatu
#terjatuh dari motosikal
#Zainuddin Yaacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan