awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dihempap bumbung sekolah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
20/06/2023
01:10 MYT
Wanita maut dihempap bumbung sekolah
Keadaan rumah mangsa yang dihempap bumbung sekolah di Tahang Rimau di Segamat. - Foto JBPM
SEGAMAT: Seorang wanita maut selepas bumbung sebuah sekolah diterbangkan ribut dan menghempap kediamannya di Kampung Tahang Rimau, Segamat lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai V. Mahadevi, 55.
Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung runtuhan bumbung Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Seg Hwa, kira-kira pukul 7.41 petang semalam.
Katanya, runtuhan bumbung berkeluasan 5,400 kaki persegi itu diterbangkan angin dan menghempap kediaman mangsa yang terletak bersebelahan sekolah berkenaan.
Rentetan itu ujarnya, mangsa kemudian berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang awam sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sementara itu jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Segamat ketika dihubungi berkata, kejadian ribut yang melanda daerah berkenaan petang semalam turut menjejaskan struktur bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat.
Katanya, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Mukim Sungai Segamat yang melibatkan 20 keluarga daripada Kampung Tahang Rimau, Kampung Jawa dan Kampung Tengah.
Manakala, kira-kira 15 kediaman turut terjejas di Mukim Gemereh dan Mukim Pogoh selain beberapa gerai peniaga juga turut dipukul ribut dalam kejadian itu.
Topic Berkaitan
#dihempap
#bumbung sekolah
#V Mahadevi
#ribut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan