awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru mengaku lakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki
Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dirempuh kereta ketika melintas jalan

Bernama
Bernama
06/08/2025
02:30 MYT
Wanita maut dirempuh kereta ketika melintas jalan
Menurut polis, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi tidak sempat mengelak mangsa yang sedang berlari melintas jalan setelah turun dari bas. - Gambar hiasan
KOTA TINGGI: Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang melintas jalan sebaik turun dari bas di Kilometer 42 Jalan Sungai Rengit di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata wanita tempatan berusia 55 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.10 pagi dan kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi tidak sempat mengelak mangsa yang sedang berlari melintas jalan setelah turun dari bas.
"Pemandu kereta iaitu lelaki tempatan berusia 51 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof pada masa sama menasihati orang ramai agar sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama ketika di jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kota Tinggi
#lintas jalan
#wanita dirempuh kereta
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan