awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis siasat dakwaan Ah Long bakar rumah di Tasek Gelugor
MALAYSIA
JPJ, APAD diarah tingkat pemantauan terhadap pesalah trafik berulang - Loke
MALAYSIA
Program Al-Falah MADANI 2025 di Kuantan bermula esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Wanita maut jatuh dari tingkat lapan hotel di Port Dickson

Sinar Harian
Sinar Harian
26/06/2025
04:50 MYT
Sponsor Banner
Wanita maut jatuh dari tingkat lapan hotel di Port Dickson
Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat dan kes telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. -Gambar hiasan
PORT DICKSON: Seorang wanita berusia 26 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di sini dalam kejadian pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita berusia 26 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.
  • Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat dan kes telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
  • Ketua Polis Daerah mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan maklumat lanjut akan diberikan selepas bedah siasat selesai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 6.30 petang.
“Mangsa dipercayai terjatuh ke bahagian balkoni di tingkat satu hotel berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.
Katanya, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan 'bucket stretcher' untuk membawa turun mangsa.
"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Port Dickson.
"Kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin mengesahkan laporan berhubung kejadian.
“Kami baru memulakan siasatan. Buat masa ini, saya belum dapat berkongsi maklumat lanjut.
“Maklumat lanjut mengenai kes akan diberikan selepas proses bedah siasat selesai,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#jatuh dari tingkat lapan
#hotel di Port Dickson
#jatuh ke bahagian balkoni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami