awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut kenderaan dihempap kayu balak

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
03/03/2020
15:45 MYT
Wanita maut kenderaan dihempap kayu balak
Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tersepit di dalam keretanya. - Astro AWANI
Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya dihempap lori membawa muatan kayu balak yang terbabas di Jalan Bukit Teh-Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa Ong Yean Leng maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tersepit di dalam keretanya yang terperosok ke dalam longkang di bahagian kanan jalan.
Menurut Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Penguasa Bomba Mohd Shukri Abdul Rahman, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam dan Sungai Bakap bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.58 petang.
Mohd Shukri memaklumkan sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah lori membawa muatan kayu balak terbalik dan menghempap sebuah kereta serta terdapat seorang mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Selain menggunakan peralatan menyelamat, bomba turut mendapatkan bantuan dua buah kren bagi mengalihkan kayu balak yang menghempap kereta mangsa.
"Mangsa berumur 38 tahun dan berasal dari Kampung Machang Bubok. Mangsa tersepit di bahagian hadapan, jadi bomba menggunakan alat pemotong untuk mengeluarkan mangsa.
"Kita berjaya keluarkan mangsa dalam masa sejam dan kita serahkan kepada pihak polis," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Superintendan Mustafa Bidin memberitahu kejadian dipercayai berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak dalam perjalanan menghala Jawi terbabas.
Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa tiba-tiba memasuki laluan bertentangan, lalu berlaku pertembungan sebelum lori terbalik dan menghempap kereta.
Berikutan itu, mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 56 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Bukit Mertajam
#Jalan Bukit Teh
#JBPM Pulau Pinang
#Machang Bubok
#maut dihempap kayu balak
#Ong Yean Leng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan