awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
" Jho Low arah cek Najib jangan ditolak" - Saksi
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut kereta dipandu rempuh lori

Sinar Harian
Sinar Harian
02/06/2022
03:19 MYT
Wanita maut kereta dipandu rempuh lori
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian apabila kereta dipandunya merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 9.6 Lebuhraya Damansara Puchong pada Khamis. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya merempuh sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 9.6 Lebuhraya Damansara Puchong di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.20 tengah malam.
"Siasatan dijalankan mendapati lori berkenaan diletakkan di lorong kanan jalan dipercayai untuk kerja-kerja pembaikan jalan sebelum dirempuh di bahagian belakang oleh sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu mangsa.
"Mangsa yang berumur 22 tahun disahkan maut di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Inspektor L Navalan di talian 014-2536820 untuk membantu siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Damansara Puchong
#kereta rempuh lori
#kerja pembaikan jalan
#Mercedes Benz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan