awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut nahas babit tujuh kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/08/2023
01:10 MYT
Wanita maut nahas babit tujuh kenderaan
Keadaan kenderaan mangsa yang terperosok di bawah sebuah lori dalam kejadian kemalangan berhampiran Lintas Square di Jalan Lintas, Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di kawasan berhampiran Lintas Square di Jalan Lintas di sini pada petang Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 26 tahun disahkan maut di lokasi selepas tersepit dalam kenderaannya yang terperosok di bawah lori.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.08 petang.
Katanya, seramai 14 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh enam kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
"Menurut maklumat kemalangan melibatkan tujuh kenderaan iaitu jenis Perodua Bezza, Perodua Myvi, Toyota Vios, Proton Saga, Proton Iriz dan dua lori.
"Terdapat seorang mangsa wanita tersepit dalam kenderaan Perodua Bezza dan pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi ditamatkan pada jam 7.56 malam," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mangsa tersepit
#kereta terperosok di bawah lori
#Kota Kinabalu
#Lintas Square
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan